Thursday, May 13, 2010

Dari A ke B ker? B ke A?




Mungkin you ada rasa pasal aper saya ni terlalu obsessed dengan proses penulisan cerita filem. Atau you sudah bosan dengan repetition saya tentang struktur narrative dan jalan cerita. 

“Mana dia cerita part-part shooting dan adegan2 giler di location”, you may ask. Atau you tak sabar nak tahu pasal selok-belok single camera production amateur seban you jugak amateur filem maker dan you tak nak la ulang mistake saya. Well you see, itulah dia.

Kalau you tak ambil masa secukup2-cukupnya untuk visualize, draft, re-draft dan mendalami jalan cerita filem you then you akan buat banyak mistake time shooting dan angkat gambar. Trust me. Saya bukanlah professional, tetapi ini yang aper professional sendiri pernah kata pada saya dan inilah mantra semua pembikin filem tersohor.

“Filem yang bagus ada tiga benda – script yang bagus, script yang bagus dan script yang bagus.”
Alfred Hitchcock (kalau you serious tentang bikin filem please look him up).

Jadi, we memang spend masa buat script. We nak dalami script sampai kita boleh huraikan dan ceritakan filem ini kepada sesiapa tanpa refer pada script tu itself.

Caranya nampak simple dan ia adalah soalan2 yang Siti tanya pada saya semasa kita mula menulis skrip.
1 – Dalam dua atau tiga ayat, apa cerita file ini? What is our story?

2-  Apakah “impression” (kesan atas perasaan) yang kita nak penonton dapat selepas filem ini? Adakah mereka akan rasa terhibur? Atau marah terhadap apa yang dilihat? Sedih? Or mereka lagi faham satu issue atau tentang dunia mereka? Or adakah mereka akan rasa sesuatu issue itu ada harapan untuk masyarakat selesaikan dengan adil dan saksama?
 
3 – Juga penting. Kenapa orang patut datang tonton our film? Because seriously, RM10 tu boleh beli tiket tengok blockbuster hollywood/ bollywood/hong-kongwood/KLwood/peckerwood kat TGV or GSC. Or boleh beli DVD cetak rompak.

Berpandukan tiga-tiga elemen ini, kita akan decide aper isi filem. Bukan sahaja soal aper shot yang nak diambik, tapi bagaimana shot itu nak diambik. Not just siapa yang patut di-interview, aper yang harus ditanya kepada subject interview itu dan soundbite aper yang harus di dapat dari dia.





The skrip akan drive production dan post-production. But di sini saya kena masukkan satu reminder. Especially bila buat documentary.

Jalan cerita script mungkin akan lain daripada apa yang di harapkan. Ini mungkin akan berlaku selepas shooting.

I know what you’re thinking. “Oh kalau macam tu tak yahlah aku nak perah otak buat skrip becoz cerita akan tukar lepas aku shoot.”

BUKAN MACAM TU. Tanpa skrip kita takkan ada cerita langsung. Tapi mungkin jalan cerita itu akan berbeza.

In essence, cerita ni is like getting dari point A ke point B. Bagaimana kita pergi ke point B tu boleh ubah. Mungkin our first skrip lalu C,D,E dulu baru sampai ke B. The second script mungkin lalu D dulu, E dulu dan maybe menyimpang ke G kejap.
Tapi pokoknya, cerita tetap tentang A ke B. Bukan B ke C atau G ke F. Itu cerita lain. Itu kita must get right sebelum angkat camera.

Terpenting of course ialah proses ini akan tolong kita menang dana dari KOMAS.





No comments:

Post a Comment