Friday, May 7, 2010

Berjalan mencari cerita

Like every story that we had done in print, our story for the film had to have a narrative. In other words, there must be a “jalan cerita”.

Kalau tiada jalan cerita, si penonton bukan sahaja tidak boleh memahami dengan penuh apa sebenarnya peristiwa dan issue di sebalik cerita itu. Mesej yang mahu disampaikan oleh cerita itu akan terbenam dan tidak terserlah.

Saya juga tidak mahu filem ini terlalu focus kepada peristiwa protes kepala lembu, siapa yang bawak kepala lembu tu, demonstrasi yang mereka lakukan di depan SUK atau persoalan tentang adakah mereka ini ‘dibiayai’ pihak2 tertentu.

Focus saya bukan perbuatan itu sendiri. Tetapi apa yang mendorong kepada perbuatan itu. Lagi penting adalah apanya kesan perbuatan itu terhadap komuniti berbilang kaum Taman Ixora. Juga, adakah retakan yang terjadi kerana protes itu telah diubati setahun selepas insiden2 itu.

Equally important, bagaimana masyarakat Malaysia boleh menanangi kehendak2 communiti-komuniti yang berbilang agama dan budaya jika kehendah2 mereka bercanggah. Di dalam peristiwa ini, pemindahan rumah ibadat Hindu ke Muslim-majority area (Taman Ixora, Section 23) di katakan mencetuskan tentangan daripada penduduk situ. In other words, keperluan agama sebuah komuniti di tentang oleh komuniti yang lain. 




With this in mind, saya dan Siti turun ke Taman Ixora untuk berjumpa dengan wakil rakyat yang menanangi masalah itu dan pemimpin masyarakat mereka. Also important adalah geografi Sek 19, Sek 23 dan kuil Sri Mahamariamman. Ini kerana masalah yang berbangkit adalah masalah geografi, khususnya kedudukan kuil dan rumah2 sekeliling.

Ini dibuat supaya kita boleh mendapat gambaran yang penuh tentang ‘the dimensions’ dan seluruh aspek2 dalam insiden kepala lembu.

Recce yang kita buat juga menolong kita mengenalpasti siapa yang kita perlu interview. Daripada isi interview itu lah kita mebentuk rangka jalan cerita filem ini.

Imej berikut adalah ‘visualisation’ rangka ini. Siti menggunakan placemat makanan dan sticky notes daripada Tesco supaya kita senang atur tulang2 yang akan membentuk rangka jalan cerita.

Setiap note yang hijau melambangkan satu tulang/plot line di dalam narrative/jalan cerita.

Note yang pink adalah visual yang di perlukan untuk menyampaikan narrative jalan cerita.

No comments:

Post a Comment