FROM MALAY MAIL ONLINE
http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/batam-based-radio-hangs-dangerous-network-of-islamist-extremists-mohamed-na#sthash.aEvzpho8.dpuf
SEPTEMBER 3 ― The recent arrests of two Singaporeans planning to join the Islamic State group has cast a spotlight of a Batam based radio station, Radio Hang, which according to Singapore’s Ministry of Home Affairs (MHA), radicalised the two individuals.
Two others placed on Restriction Orders were also found to have been radicalised by Radio Hang, highlighting the blurred lines between violent and non-violent extremism, and a growing network of transnational Islamist extremism detached from power dynamics.
Radio Hang was founded by former bank officer Zein Alatas in 2002 and was given a licence to operate a regular radio station. In 2005, Zein was influenced by the ideas of Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat, a puritanical Indonesian Muslim scholar, and started airing the lectures by Hakim Abdat.
A decision was made about a year later to cease airing music largely due to the puritanical belief that music is prohibited in Islam. The station began exclusively airing Islamic sermons and lectures by puritanical scholars from Indonesia, Malaysia, Singapore and visiting scholars from the Middle East.
It has a following in the Riau Islands, southern Malaysia and Singapore.
In response to MHA’s statement, Zein Alatas has vehemently denied that Radio Hang promotes terrorism and radicalisation. Yet, a closer scrutiny of the sermons and of scholars featured on Radio Hang has revealed the opposite.
Promoting intolerance and violence
The preachers of Radio Hang are known for their vilification of other Muslim sects that do not subscribe to their conception of Islam. Hakim Abdat is known for denigrating the minority Shia Muslim sect, referring to them as infidels and warning radio listeners about the purported threat posed by Shiahs to Islam.
In the same vein, Rasul Dahri, a Singaporean preacher who is currently jailed in Johor for teaching Islam without accreditation, accused those who celebrate the birthday of Prophet Muhammad (long a practice among South-east Asian Muslims) as having committed a sin bigger than murder. Such intolerant views are common themes discussed on Radio Hang and it is disingenuous for those running it to disavow its links to extremism.
This is because the station’s exclusionary and dogmatic discourse insidiously creates a systematic classification of the world in binaries of good and evil which condones the use of violence in particular circumstances.
In this context, as the sermons aired by the radio station vilify other Muslim sects such as the Shias, the undertone of their message justifies attacks against Shias in certain circumstances.
The juxtaposition of the preachers’ supreme authority in Islam and consistent push for puritanism command their followers to adjust their behaviour in response to the alleged threat to their religion.
This can be read as an unconditional readiness for violence. Furthermore, some of the preachers who go on air explicitly call upon individuals to take up arms in the name of Allah.
In a broadcast in October 2013, Ustaz Abu Saad, a freelance preacher who is featured regularly on Radio Hang, encouraged his listeners to embark on a “violent struggle” in Syria.
He referred to the act as the highest form of worship. Abu Saad has been active in fund-raising efforts for radical groups in Syria and has travelled there to disburse these funds and carry out humanitarian activities.
It must be qualified that the preachers on Radio Hang have openly criticised Islamic State and referred to the group as a divisive, deviant one.
But this is not due to their aversion to violent ideology of IS but rather because of their ideological leanings which are in line with other violent groups linked to al-Qaeda.
What is perhaps more worrying is that while the preachers on Radio Hang are actors with clear political allegiances, their followers appear to form a more loose movement detached from these power networks.
The case of Radio Hang shows the transnational network of puritanical Muslim scholars. In 2011, Singaporean preacher Rasul Dahri organised a fund-raising dinner in Kuala Lumpur for Radio Hang, aimed at sustaining its operational cost and building a secondary school to teach puritanical Islamic teachings.
Fathul Bari, a key leader of the youth wing of United Malays National Organisation (Umno) and a popular Muslim preacher, also supported these fund-raising efforts for Radio Hang. Both have spoken about the important role of the station in spreading the puritanical Islam teachings in Singapore and southern Malaysia.
Unlike the clerics, however, their followers’ penchant for the Islamist extremist rhetoric is based on a religious morality which bypasses political and strategic concerns.
The choice of joining IS in spite of the explicit pro-al-Qaeda rhetoric of Radio Hang indicates that these individuals are disinterested in the political divides that separate the two groups.
Since it was IS, not al-Qaeda, which claimed to have re-established the Caliphate, these individuals oscillated towards the former based solely on the group’s alleged association with the perceived righteous form of Islam.
Most South-east Asian individuals who joined IS in the past two years cited the purported creation of the Caliphate as the seminal factor in their decision to join the group.
As such, the politically-motivated Islamist extremist discourse employed by Radio Hang clerics has created an Islamist extremist movement which is governed solely by uncritically hateful beliefs.
The current trajectory of radicalisation in the region is worrying because of two important reasons.
First, the increasing number of a bottom-line transnational Islamist extremist movement that transcends political calculations will certainly bring along the increase of reactionary Islamophobic discourses throughout South-east Asia.
Secondly, the emergence of these parallel networks will make it increasingly difficult for both security advisers and policymakers to tackle the threat of violent extremism.
While established networks of Islamist extremists are easier to track, the seemingly autonomous Islamist extremist network which takes up arms based on individual considerations will be much harder to trace and tackle. ― TODAY
* Mohamed Nawab Mohamed Osman is assistant professor and coordinator of the Malaysia Programme in S Rajaratnam School of International Studies (RSIS) and Aida Arosoaie is a senior analyst at the Malaysia Programme, RSIS.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/batam-based-radio-hangs-dangerous-network-of-islamist-extremists-mohamed-na#sthash.aEvzpho8.dpuf
Saturday, September 3, 2016
Tuesday, July 5, 2016
Mengapa Kelantan lebih sibuk dengan aurat wanita?
First published Malaysiakini https://www.malaysiakini.com/news/345429
Kerajaan Kelantan sepatutnya memberi lebih tumpuan kepada menyiapkan projek perumahan bagi semua mangsa banjir 2014, yang ada antara mereka masih hidup di dalam khemah, berbanding mengawasai aurat wanita.
Malaysiakini melaporkan Jabatan Ketua Audit Negara pada April 2016 mendapati hanya 59 peratus daripada 1,101 rumah baru yang dijanjikan kepada mangsa banjir di Kelantan telah disiapkan.
Maknanya, 41 peratus daripada rumah tersebut masih tidak siap dan ada mangsa yang masih tinggal di dalam khemah.
Akan tetapi, berbanding mengerah tenaga dan masa untuk memastikan projek perumahan tersebut berjalan lancar dan dapat diselesaikan, kerajaan Kelantan nampaknya lebih berminat terhadap pakaian wanita.
Akhbar The Star melaporkan seramai 31 wanita Muslim ditangkap penguatkuasa agama kerajaan negeri kononnya kerana tidak mematuhi Enakmen Jenayah Syariah 1985.
Walaupun 24 daripada mereka dibebaskan dengan amaran, tujuh yang lain diarahkan untuk menyertai kursus pemulihan yang semestinya dibayai oleh dana awam.
Soalannya, tidakkah wang dan tenaga kerja penjawat awam yang digunakan untuk kursus tersebut, dan operasi menangkap wanita terbabit, lebih baik disalurkan kepada usaha menyiapkan projek rumah mangsa banjir?
Tambahan pula pengkaji cuaca meramalkan negara sekali lagi akan dilanda bah besar antara Oktober dan Disember tahun ini disebabkan fenomena La Nina.
Oleh itu dana awam yang dibelanjakan untuk Ops Aurat lebih baik dimanfaatkan untuk persedian menghadapi banjr besar dan musim hujan yang semestinya akan memudaratkan lagi situasi mangsa banjir 2014 yang kini tinggal di dalam khemah.
Gembleng tenaga sediakan rumah
Mungkin ada yang berhujah bahawa operasi seperti Ops Aurat dan dasar seperti melaksanakan hukuman hudud boleh berjalan serentak dengan projek perumahan mangsa banjir.
Akan tetapi, peristiwa beberapa hari lalu dengan rang undang-undang persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan sebaliknya.
Kerajaan Kelantan nampaknya memilih untuk menumpukan perhatian terhadap melaksanankan hudud dan menjaga pakaian wanita daripada menggembleng seluruh tenaga untuk membina rumah mangsa banjir.
Persoalan timbul ialah, wajarkah kerajaan Kelantan memperuntukkan lebih masa, tumpuan dan kakitangan kepada operasi mengawasi aurat wanita sedangkan sumber tenaga tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk menyiapkan rumah mangsa banjir?
Seperti yang kita sedia maklum, Kelantan antara negeri yang temiskin di Malaysia.
Setiap sen yang kerajaan negeri ada harus dibelanjakan untuk program dan dasar yang dapat memberi manfaat kepada seberapa ramai penduduk yang boleh.
Bukan sahaja rumah mangsa banjir yang menjadi isu, malah Kementerian Kesihatan mendapati tahun lepas, Kelantan mencatatkan kes penyakit leptospirosis paling tinggi di negara ini dengan 365 jangkitan.
Leptospirosis berpunca daripada najis tikus dan kebelakangan ini penyakit tersebut terjadi di tempat-tempat riadah seperti kawasan air terjun dan kolam yang banyak sampah sarap.
Sampah dan sisa makanan yang tidak dibersihkan menarik tikus yang mencemari air sungai dan kolam tersebut. Seramai 78 orang telah mati akibat jangkitan leptospirosis di tempat-tempat riadah tahun lepas.
Tidak mustahil jika majoriti 365 kes leptospirosis di Kelantan merupakan kanak-kanak dan ibu bapa di negeri itu sendiri yang mengunjungi air terjun semasa cuti sekolah.
Daripada mengerah pegawai dan menghabiskan duit dalam operasi aurat, lebih baik kerajaan negeri menyalurkan sumber tenaga dan dana tersebut kepada usaha-usaha pembersihan alam sekitarnya.
Amat malu apabila dunia melihat bagaimana kerajaan Kelantan bermegah dengan label agamanya lebih berminat dengan aspek pakaian wanita berbanding menolong mangsa banjir, memelihara alam sekitar dan menjaga kebersihan tempat awamnya.
ends

Wednesday, June 8, 2016
Islam lebih dihayati dalam negara sekular?
Islam lebih dihayati dalam negara sekular?
First published in The Malaysian Mirror 6 June 2016
Konsep sekularisme biasanya ditentang oleh gerakan Islam Malaysia tetapi bagi seorang pakar perundangan Islam, agama hanya boleh benar-benar dihayati di dalam sebuah negara sekular.
Menurut Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, keimanan sebenar kepada apa pun agama, termasuk Islam, hanya boleh dibentuk sekiranya seseorang itu hidup di bawah pemerintah yang bersikap neutral terhadap agama.
Iaitu sebuah pemerintah yang tidak menghalang aktiviti penganut apa-apa agama dengan syarat penganut itu tidak mencabuli hak agama lain, dan pemerintah juga tidak memihak kepada apa-apa agama.
Akan tetapi, hujah pensyarah undang-undang itu tidak bermakna agama dan politik itu tidak boleh bercampur.
Sebaliknya, penganut agama tidak boleh dihalang daripada terlibat di dalam politik seperti menyertai parti, membuang undi atau membentuk dasar, berdasarkan kepercayaan mereka, kata Abdullahi.
“Hujah saya adalah saya boleh menjadi seorang Muslim yang lebih baik di dalam negara sekular berbanding dengan sesebuah negara yang mendakwa ia negara Islam,” kata Abdullahi yang berasal daripada Sudan tetapi kini menetap di Amerika Syarikat.
“Saya percaya bahawa sikap neutral negara terhadap agama adalah kondusif kepada ketulenan penghayatan saya terhadap Islam,” beliau berkata di dalam sebuah kuliah di Sunway University baru-baru ini.
“Oleh itu tuntutan saya untuk sebuah negara sekular adalah pada asasnya, Islamik.”
Niat dan paksaan
Hujah Abdullahi nampaknya agak kontroversi, terutama di dalam suasana masyarakat Malaysia dicengkam rhetorik hukuman hudud, perlaksanaan undang-undang Syariah dan perselisihan antara penganut berbagai agama.
Malah gerakan Islam konservatif sering berkata bahawa “Islam adalah agama Persekutuan” bagi menjustifikasikan campurtangan penguatkuasa agama di dalam kehidupan orang Muslim dan juga bukan Muslim.
Perbalahan mengenai perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan adalah contoh terbaru di mana ini berlaku apabila pendokong hudud menjawab pengkritik kanun itu.
Abdullahi menyedari situasi di Malaysia, di mana penganut Islam diikat oleh dua sistem undang-undang, iaitu sivil dan syariah.
Pada dasarnya undang-undang Syariah Malaysia adalah untuk memastikan warganegara Muslim-nya tidak melakukan larangan di dalam Islam seperti meminum arak, berzina atau makan di tempat awam semasa bulan Ramadan.
Teori disebalik doktrin ini adalah pemerintah Malaysia dapat membentuk masyarakat Muslim yang syumul melalui undang-undang Syariah.
Abdullahi mempersoalkan tujuan sistem tersebut. Contohnya, adakah larangan terhadap makan di tempat awam semasa bulan Ramadan benar-benar menghasilkan masyarakat Muslim yang beriman?
“Sekiranya seorang itu berpuasa kerana dia takut kerana ditangkap (oleh penguatkuasa agama), adakah ini bermakna dia berpuasa kerana Allah, atau dia berpuasa kerana dia takut kepada pemerintah?”
“Apabila pemerintah cuba memaksa larangan atau perbuatan agama ke atas seseorang Muslim, ia telah mengambil alih peranaan niat di dalam diri Muslim itu.”
Niat yang benar-benar sukarela tanpa paksaan untuk beribadah atau melakukan sesuatu untuk agama merupakan salah sebuah prinsip asas di dalam Islam kata Abdullahi.
“Kalau kepercayaan kita di dalam agama adalah dipaksa, itu bukan kepercayaan yang tulen dan jujur.”
Beliau memetik ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang mengatakan bahawa “Tidak ada paksaan dalam agama kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan”.
“Jadinya sekiranya kita mahu ibadah seseorang Muslim itu ada nilai, dia mesti diberi hak untuk melakukannya tanpa paksaan.” – June 6, 2016
Antara hudud, penyeluk saku dan politikus korup
First published in The Malaysian Mirror, 2 June 2016
Senario: Penyeluk saku yang mencuri RM10 dipotong tangan tetapi ahli politik yang menyeleweng berjuta duit awam hanya dipenjara.
Senario di atas merupakan contoh kontradiksi di dalam banyak kanun Syariah yang menggunakan hukuman hudud di seluruh dunia Muslim kata pakar kajian undang-undang Islam Prof Abdullahi Ahmed An-Naim.
Contoh seperti ini mengambarkan bahawa usaha melaksanakan hukuman hudud menimbulkan banyak masalah dan ia antara sebab utama menggapa pemerintah Muslim harus menangguhkannya, kata Abdullahi, pensyarah daripada Emory University di Amerika Syarikat.
Masalah perlaksanaan hudud akhirnya akan mencalar imej Islam itu sendiri kata Abdullahi, kerana kecelaruan kesalahan dan hukuman itu menjejaskan prinsip bahawa Tuhan itu Maha Adil dan Maha Bijaksana.
Lain daripada sistem undang-undang biasa atau sivil, pendokong hudud mendakwa kanun mereka berasakan Islam dan datangnya daripda Tuhan. Ini memberikannya satu aura sempurna, ekslusif dan sakral yang menyekat cara masyarakat menilai undang-undang itu.
Di dalam proses membentuk undang-undang sivil misalnya siapa sahaja – individu biasa, NGO, pakar, Muslim atau tidak – ada hak untuk menilai, mengkritik dan menolak undang-undang itu.
Dengan itu kelemahan di dalam sesebuah undang-undang sivil boleh diperbaiki dengan efisyen kerana proses pembentukkannya terbuka.
Tetapi bila datang pada hudud dan undang-undang syariah, seperti berlaku di Malaysia, proses mengubal dan menilai disekat dan dimonopoli oleh hanya sekelompok individu yang mengelar mereka “pakar agama”.
Orang Muslim biasa ditegah daripada mempersoalkan hudud dan dipaksa untuk menyokongnya manakala orang bukan Muslim yang bakal mendapat kesan daripada hudud langsung tak boleh berkata apa-apa.
Buatan manusia
Contoh antara hukuman penyeluk saku dan penyeleweng, menunjukkan bahawa kanun kesalahan syariah dan hukuman hudud adalah buatan manusia melalui interpretasi al-Quran dan Hadith, kata Abdullahi.
“Setiap kali manusia cuba menghasilkan sebuah kanun undang-undang Syariah ia adalah usaha interpretasi dalam alam politik dan kerajaan,” katanya di sebuah forum di Sunway University baru-baru ini.
(Istilah politik dan kerajaan dalam konteks ini merujuk kepada proses penghasilan dasar dan sistem tadbir sesebuah masyarakat oleh manusia.)
Ulama dan ahli fiqah pada zaman dinasti Muslim seperti Ummaiyah dan Abassiyah, tidak pernah menghasilkan kanun Syariah yang universal kerana mereka saling berbeza pendapat dan interpretasi, ujar Abdullahi.
Al-Quran ada menyebut bahawa potong tangan si pencuri, kata Abdullahi.
“Tetapi ia tidak memberi definasi apakah itu perbuatan mencuri. Definasi tersebut telah dibentuk oleh para ulama yang masing-masing berbeza dan bercanggah pendapat.
“Ada ulama yang mengatakan mencuri itu sebuah perbuatan yang dilakukan secara senyap, kalau dibuat terang-terang ia bukan mencuri. Ada pula ulama yang berkata kalau dilakukan secara terang pun mencuri.”
Ada pula ulama yang berhujah bahawa sekiranya si pencuri ada hak ke atas harta itu, pengambilannya tidak dikira mencuri.
Mengikut takrifan ini, duit kerajaan yang pada asasnya dimiliki oleh semua warganegara – samada bakal penjenayah atau tidak – tidak boleh terkandung di bawah harta yang boleh dicuri, kata Abdullahi.
Sekiranya hukuman hudud dibentuk menggunakan takrifan itu, penalti lebih berat dikenakan kepada penyeluk saku (potong tangan) berbanding ahli politik yang melesapkan duit awam.
Antara undang-undang manusia dan Tuhan
Pendokong hudud berkata penyelewangan harta awam boleh dikenakan hukuman takzir yang boleh ditentukan mahkamah, seperti penjara.
Hujah ini masih tidak menyelesaikan isu pengadilan dan kesamarataan di bawah undang-undang (equality before the law) antara si penyeluk saku dan si ahli politik yang korup, ujar Abdullahi.
“Kerana hukuman takzir dan hukuman hudud tidak sama berat. Orang yang curi dana awam tidak merasai keperitan yang sama seperti penyeluk saku, walaupun jenayahnya lebih berat.”
Kontradiksi ini harus dilihat di dalam konteks dunia sekarang yang banyak sistem perundangan untuk menangani berbagai jenayah baru seperti korupsi, pecah amanah dan penyelewengan.
Hampir kesemua sistem perundangan itu dihasilkan manusia tanpa dicap sebagai undang-undang Tuhan.
Sekiranya hukuman hudud dilaksanakan tanpa menyelesaikan masalah interpretasi yang bercanggah, masyarakat Muslim bakal memberi gambaran bahawa undang-undang yang “datang daripada Tuhan” lebih lemah daripada undang-undang buatan manusia.
“Ia akan menjejaskan imej Tuhan dan Islam sendiri di waktu rasuah, korupsi telah menjadi jenayah yang serius di seluruh dunia,” kata Abdullahi.
“Kerana ia seolah-olah Syariah itu tidak menghukum golongan elit yang berkuasa (yang biasanya melakukan penyelewengan) seberat mana ia menghukum golongan bawahan (yang mencuri).”
Sebagai alternatif, Abdullahi mencadangkan kepada penyokong hudud agar membentangkan undang-undang sivil yang mengandungi hukuman yang mereka mahu seperti potong tangan, sebat 100 kali dan sebagainya.
“Kenapa nak sebutnya sebagai hudud? Gubal sahaja undang-undang untuk jenayah bersama hukumannya dan bentang di Parlimen.”
Dengan ini seluruh masyarakat tidak kira Muslim atau tidak, boleh berdebat dan memilih sama ada mahu menyokong undang-undang tersebut atau tidak tanpa paksaan, katanya.
Lagi satu alternatif kata Abdullahi, adalah menangguhkan perlaksanaan hudud dan menyalurkan tenaga dan masa ke arah hal-hal lain seperti membanteras kemiskinan, menghapuskan rasuah dan memperkuatkan semangat sivik di antara manusia. – Jun 2, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)